SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

4 December 2011

Sejarah ringkas Internet secara grafik. ( Menarik Perlu Tahu )



- 1962: J.C R. Lciklider memberi idea “rangkaian secara global” yang membolehkan perkongsian maklumat di mana saja secara rangkaian. Beliau mengetuai projek DARPA dan meyakikan kepentingan rangkaian.

- 1974: Vint Cert dan Bob Kahn menggunakan istilah “internet” dalam kertas “protokol kawalan transmisi”

- 1976: Dr. Robert Metcalfe mencipta Ethernet, dan kabel Coaxial yang mempercepatkan penghantaran data. Ethernet merupakan aspek penting dalam mewujudkan rangkaian setempat seperti di rumah, sekolah, pejabat, etc.

- 1978: Gary Thuerk menghantar mesej Email Spam yang pertama kepada 400 pengguna ARPANET mengiklan komputer peribadi DEC.

- 1983: pada Januari 1983, setiap mesin yang disambung ke ARPANET perlukan protokol TCP/IP yang menjadi teras internet.

- 1984: Dr. Jon Postel menghuraikan idea bagi penggunaan .com, .org, .gov, .edu, dan .mil dalam kertas kerjanya yang disiarkan oleh Internet Engineering Task Force.

- 1985: Dennis Jennings sertai National Science Foundation dan mengenalpasti TCP/IP adalah sesuatu yang mandatory bagi program NSFNET. Steve Wolff pada tahun berikutnya mendapati ahli akademik/research memerlukan dana yang bebas dari kerajaan yang menghubungan rangkaian LAN menjadi WAN (Wide Area Network).

- 1987: CompuServe dengan tidak sengaja telah menyebarkan imej GIF (Graphic Interchange Format) yang sedang dipatentkan.

- 1989: The World adalah ISP (Pembekal Perkhidmatan Internet) yang menawarkan dail-up internet secara komersial yang pertama. Netom, yang dibangunkan pada 1988 tidak membekalkan pada umum sehingga The World. Panix merupakan ISP ketiga.

- 1992: CREN telah menyiarkan World Wide Web (WWW). NSFNET meningkatkan kelajuan sehingga 44.739 Mbps.

- 1993: Marc Andressen, NCSA, dan Universiti Illinois telah mencipta “Mosaic for X” yang merupakan antaramuka bergambar bagi WWW. Mosaic merupakan web browser (pelayar laman web) yang pertama digunakan secara meluas.

- 1994: Pizza Hut menawarkan perkhidmatan memesan secara atas talian (online) melalui laman web mereka.

- 1995: Pierre Omidyar menawarkan laman lelong di atas talian yang dikenali sebagai eBay pada masakini. Permintaan bagi host yang telalu banyak menyebabkan NSA tidak membenarkan penggunaan talian utama NSF melainkan dengan kadar sewaan dari ISP. Sewaan perlu dibayar bagi semua domain kecuali domain kerajaan (.gov) dan pelajaran (.edu).

- 1996: Internet2 telah diperkenalkan yang merupakan institusi bagi kajian dan pembelajaran rangkaian. Hotmail pada masa ini juga telah diperkenalkan. Microsoft membeli hotmail dengan nilai $400 juta pada tahun berikutnya.

- 1998: Google mendapat tajaan pembelanjaan dari Andy Bechtoisheim (dari Sun Microsystems) dan dikenali sebagai Google Technology Incorporated.

- 1999: WiFi iaitu teknologi wireless diperkenalkan dan distandardkan. Sean Fanning mencipta Napster pada seawal usia 18 tahun.

- 2000: Saham bagi The Dot-com jatuh teruk selepas memuncak pada paras 5,048.62 dalam papan NASDAQ.

- 2001: Wikipedia dilancarkan, menukarkan domain dari .com kepada .org

- 2003: Apple melancarkan kedai maya iTunes Store dengan 200,000 lagu. Dalam masa 24 jam, mereka berjaya menjual 1,000,000 lagu.

- 2004: Pada April 1, 2004, google menawarkan perkhidmatan email dikenali sebagai Gmail, yang memberi kapasiti simpanan email sebanyak 1 GB. Disebabkan Hotmail dan Yahoo email hanya memberi kapasiti sebanyak 2MB dan 4MB, ramai yang merasakan ia adalah bahan lawak April Fool.

- 2005: Youtube dilancarkan, merevolusikan laman video di internet. Google membeli Youtube dengan nilai 1.6 billion pada tahun berikutnya.

- 2006: Dom Sagolla menawarkan Twitter. Facebook yang hanya digunakan oleh pelajar kolej sebelumnya telah di tawarkan untuk kegunaan semua orang.

- 2009: Kadar trafik bagi data talian mudah alih melebihi kadar trafik suara bagi setiap bulan. Secara global, kadar data talian mudah alih melebihi 1 exabyte ( 1,000,000,000 gigabyte ) untuk kali pertama.

www.onlineschools.org

0 comments:

Post a Comment