SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

13 April 2013

Kelebihan telefon pintar android, ios dan windows phone.


Kelebihan telefon pintar android, ios dan windows phone.


Berikut merupakan senarai terkumpul kelebihan Android, iOs dan Windows Phone berdasarkan pengalaman penulis menggunakannya. Android, iOS dan Windows Phone adalah sistem operasi yang menjadi nadi kepada telefon pintar masa kini. Setiap satu sistem operasi ini tidak dapat dinafikan mempunyai kelebihan dan perbezaan tersendiri. Namun dalam artikel ini, penulis cuba mengketengahkan pendapat peribadi kelebihannya berdasarkan ciri tertentu secara umum… membolehkan anda membuat perbandingan antara ketiga tiganya.



Kelebihan Android (16+)
  • Sangat stabil dan pantas ( 3+ )
  • Sokongan pelbagai widget pada skrin desktop ( 3+ )
  • Pasaran (android apps market) aplikasi percuma yang terbanyak ( 3+ )
  • Sokongan flash player secara default ( 1+ )
  • Kebolehan untuk menggunakan custom ROM ( 3+ )
  • GUI yang boleh di ubah suai mengikut kehendak pengguna dengan pelbagai customization yang lain (2+)
  • Harga jualan peranti yang lebih murah berbanding iOS ( 1+ ) – kerana android adalah percuma dan open source*
Kelebihan iOS (15+)
  • Sangat stabil dan pantas ( 3+ )
  • Pasaran aplikasi (iOS aps market) terbanyak dengan standard aplikasi optimum retina display ( 3+ )
  • Sokongan widget (terhad) ( 1+ )
  • Kelebihan aplikasi SiRi ( 3+ )
  • GUI standard yang memudahkan / mesra pengguna ( 2+ )
  • Kualiti talian telefon dan sambungan internet secara wifi dan 3G yang sangat baik ( 3+ )

Kelebihan Windows Phone (10+)
  • Stabil dan agak pantas ( 2+ )
  • Integrasi aplikasi pemetaan GPS nokia percuma (Nokia Map) yang boleh digunakan secara offline / online ( 4+ )
  • Integrasi aplikasi Skype di bina khusus untuk Windows Phone ( 2+ )
  • GUI standard Metro UI yang memudahkan pengguna baru ( 2+ )
Secara peribadi penulis lebih gemarkan android berbanding ios dan windows phone. Namun dalam penulisan artikel ini, penulis cuba untuk tidak ¨bias¨ / cenderung pada kelebihan android sahaja. Mungkin ada kekurangan isi yang penting penulis lupa utk sertakan?? Malah mungkin anda mempunyai pendapat tersendiri? Kongsilah dengan penulis melalui ruangan komen di bawah :) .. Komen anda sangat di alu alu kan.. Hav phun..

0 comments:

Post a Comment