SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

13 April 2013

JailBreak iPhone/iPod Touch/iPad - Penerangan Tentang JailBreak


JailBreak iPhone/iPod Touch/iPad - Penerangan Tentang JailBreak.


Banyak persoalan yang timbul bagi pengguna iPhone, iPod Touch dan iPad tertanye-tanye berkenaan JailBreak (JB) nih. Mungkin anda diluar sana masih tak berapa faham tentang JB nih, ape bende tuh?? Rosak tak Device kita?? Warenty nih dengan Telco kita nih macam mane?? adoi..!! Jadi biar aku terangkan sikit ape bende tuh JB.

2. JailBreak - adalah Proses untuk mengubahsuai dan modified OS bagi iPhone/iPad/iPod Touch anda, iOS supaya Gadget anda itu boleh mengakses kepada file yang biasanya Apple Inc tidak membenarkan anda untuk mengaksesnya.

  • JailBreak akan menginstall Apps yang tidak Official iaitu Cydia dimana dengan Cydia anda boleh Mengakses dan mendownload tweaks, dan extensions kedalam Gadget anda. Cth Tweaks dan Extention :- Installous, WinterBoard, SBSettings.
  • Contoh gambar disebelah kanan -  Dengan Tweaks dan Extention dari Cydia, anda boleh menyusun dan menginstall Theme kedalam iPhone anda mengikut kesukaan anda. (Dengan kata lain...nak nampak Cantik lah..bukan standard bangang jee)  




3. Kelebihan JailBreak 

  • Yang paling Utama - Anda boleh Download hampir semua Apps dari Apple Store FREEdengan menggunakan Tweaks Installous.
  • Anda Boleh tukar Font didalam iPhone/iPad/iPod Touch.
  • Anda boleh menukar themedidalam iPhone/iPad/iPod Touch anda yang tidak ada didalam iOS. (Cth: Apple hanya membenarkan anda meletakkan 4 icon dibawah Screen iPhone anda, dengan Tweak dari Cydia anda boleh meletak 5 icon atau lebih).
  • Keupayaan untuk menukar atau modified iOS anda adalah bergantung kepada jenis tweaks yang direka oleh hackers-hackers diluar sana. Anda cuma perlu Explore di Apps Cydia anda

4. JailBreak membenarkan kita Download Pirate Apps?? Salah disisi undang-undang ke??
  • Ahaks... yang nih kelakar. Semenjak bila kita rakyat malaysia nih takut kepada "Copy Right"?? Walaubagaimanapun, kalau korang nak tau, JB tidak menyalahi undang2. Klik sini Klik sini untuk Info.
5. Macam mane dengan Warranty iPhone kita dengan Telco??? diterima atau tidak?
  • Ya dan tidak, kalau korang hantar balik ke telco untuk klaim Warranty sebelum korang restore balik...tidak lah jawapan dia...so, dicadangkan sebelum anda claim warranty kepada Apple atau Telco, restore lah balik.. sebab kes aku kamera iPhone 4 yang aku dah jailbreak rosak dan sebelum aku hantar ke Maxis untuk claim new Product, aku Restore dan Maxis tidak detect yang aku telah Jailbreak iPhone aku. 2minggu kemudian aku dapat balik iPhone aku.
6. Selepas JailBreak, Boleh ke kita Sync dengan iTunes kat PC atau Mac??
  • Boleh, JailBreak hanya menginstall Cydia kedalam iPhone/iPodTouch/iPad kita.
  • Apps yang telah didownload dari Installous masih boleh disimpan dilibry. iTunes tidak Detect sebarang Pirate Apps / Games yang didownload.
  • Apps Pirate yang disimpan di libry iTunes tidak boleh di sync kedalam iPhone/iPod Touch/iPad yang tidak JailBreak.
7. JailBreak kene bayar ke??
  • PERINGATAN :- JailBreak tidak perlu bayar apa. Anda hanya perlu ada internet untuk Download software-software platform untuk JailBreak. (rugi sangat kalau buat kat kedai)
8. Kalau ada Update iOS baru, Boleh ke kita update bila dah JailBreak??
  • Tak, setiap Platform JailBreak adalah untuk iOS version masing-masing. Jika anda update iOS anda. Cydia akan hilang.
  • Walaubagaimanapun, Tiada masalah untuk JailBreak semula Device anda. Pada kebiasaannya Hacker tidak ketinggalan Jauh untuk update Jailbreaking iOS baru.
9. Kau nih asik cakap pasal Cydia je..Cydia tuh ape??
  • Cydia nih macam Apps Store, Korang boleh search Apps dan Tweaks didalam cydia. Semua Apps dan Tweaks adalah free. Tapi jangan terkejut pula kalau ada yang berbayar. Merekapon nak cari makan. Tapi Jangan risau, Terdapat jugak hackers yang buat Tweaks yang berbayar jadi free. :))
p/s :- Walaubagaimana pun, JailBreak yang Paling Stabil buat masa kini adalah untuk iOS 4.3.3 

1 comments:

Jailbreak Iphone/Ipod Touch/Ipad - Penerangan Tentang Jailbreak ~ Berkongsi Ilmu Komputer! >>>>> Download Now

>>>>> Download Full

Jailbreak Iphone/Ipod Touch/Ipad - Penerangan Tentang Jailbreak ~ Berkongsi Ilmu Komputer! >>>>> Download LINK

>>>>> Download Now

Jailbreak Iphone/Ipod Touch/Ipad - Penerangan Tentang Jailbreak ~ Berkongsi Ilmu Komputer! >>>>> Download Full

>>>>> Download LINK

Post a Comment