SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

13 April 2013

10 ciri baru Windows Phone 8 Apollo


10 ciri baru Windows Phone 8 Apollo.



Microsoft baru baru ini telah mempamirkan versi terkini sistem operasi peranti mudah alih dikenali sebagai Windows Phone 8 (codename – Apollo). Ia merupakan kesinambungan bagi sistem operasi Windows Phone 7 yang telah dipasarkan pada tahun lalu melalui rangkaian produk Nokia Lumia, Samsung Focus & HTC). Apa yang anda boleh dapati melalui Windows Phone 8 adalah seperti berikut .. 10 ciri terbaru ~



1. Sokongan pemproses multicore
Merupakan Sistem Operasi Windows Phone yang pertama menyokong pemproses multicore. Bagi pengguna, semasa pelancaran Windows Phone 8, anda boleh mendapatkan produk dari nokia (siri Lumia), samsung (siri focus & omnia) yang menggunakan multicore processor…
2. Resolusi skrin
Menyokong 3 resolusi terbaru seperti WVGA 800×480, WXGA 1280×769 dan 720p 1280×720. Kesemua resolusi adalah dalam ratio paparan wide screen iaitu 15:9 dan 16:9 utk 720p HD. Resolusi memainkan peranan penting untuk mempamerkan ketajaman dan kecerahan sesuatu paparan (mengikut ukuran saiz skrin). Semakin tinggi resolusi, semakin jelaslah kualiti paparan tersebut. Dalam erti kata lain, jumlah pixel per inch (bilangan pixel bagi setiap inci) yang boleh dimuatkan lebih tinggi bagi setiap inci saiz skrin dan akan menghasilkan paparan denga kualiti Hi-Definition.
3. Internet Explorer 10
Microsoft turut membawa Internet Explorer 10 ke dalam versi Windows Phone 8. Ia antara lain memberikan pelbagai kelebihan sama seperti pengguna pc desktop IE 10. Ia turut berkemampuan untuk melindungi pengguna yang mungkin menjadi mangsa kepada penipuan pautan yang dihantar melalui e-mel. IE 10 juga menerima update JavaScript bahkan bagi setiap paparan JavaScript kini ia dikatakan empat kali lebih cepat berbanding IE 9 yang digunakan pada Windows Phone 7.5. Terdapat juga sokongan bagi kod HTML5. Berdasarkan skor SunSpider baru-baru ini, prestasi pelaksanaan JavaScript pelayar IE 10 adalah yang terbaik dan 4x ganda lebih laju berbanding Windows Phone 7.5 (mango)
4. Keserasian Aplikasi Windows 8 dan Windows Phone 8 : Native Code
Windows Phone 8 akan berkongsi pengekodan sama seperti Windows 8 versi PC desktop. Ini bermaksud, sebarang applikasi yang terbina untuk Windows 8 (desktop) boleh digunakan dan di larikan melalui Windows Phone 8. Ia menjadikan pembangunan applikasi Windows lebih baik, cepat dan mudah digunakan dari pelbagai platform yang serasi. Belfiore (Pengarah Bahagian Windows Phone di Microsoft) menegaskan betapa mudahnya memasukkan applikasi ataupun games yang digunakan dari Windows 8 ke Windows Phone 8 tanpa sebarang masalah.
5. Sokongan microSD
Sebarang telefon yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.5 (codename – mango) tidak mempunyai kemudahan bagi slot memori tambahan seperti micro SD, sebaliknya menyediakan ruang storan dalaman. Windows Phone 8 menjanjikan kemudahan ini dengan menawarkan sokongan ke atas slot kad memori microSD.
6. Sokongan sambungan NFC – near field communication
NFC bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah digunakan pada telefon pintar Android sejak dari Google Nexus S (pertama) pada penghujung tahun 2010. Namun, bagi sistem operasi Windows Phone, Apollo merupakan yang pertama menyokong teknologi sedemikian. NFC turut di integrasi dengan applikasi Wallet yang memudahkan pembayaran secara tab. Pun begitu, kebanyakkan tempat membeli belah di Malaysia masih belum memanfaatkan teknologi NFC..
7. Nokia Map
Nokia map akan menggantikan Map yang disediakan oleh Microsoft di Windows Phone 8. Nokia Map boleh digunakan secara offline yang tidak memerlukan capaian rangkaian 3G untuk sebarang kemudahan GPS. Windows Phone 8 turut akan menggunakan data NAVTEQ bagi navigasi lokasi dan tempat hala yang ingin di tuju.
8. Digital Wallet
Kemudahan yang hampir sama seperti Google Wallet kini terdapat pada Windows Phone 8. Model yang sedikit berbeza berbanding Google Wallet, Microsoft Wallet menyimpan kod keselamatan serta kad kredit, debit card, dan sebagainya pada ruangan “secured sim card”. Ia dikatakan lebih mudah untuk pengguna yang sering bertukar telefon dengan mengekalkan fungsi Wallet pada peranti Windows Phone.
9. Start Screen yang baru
Start screen (skrin pemula) yang dikenali sebagai Metro screen dengan “live tiles” masih dikekalkan cuma sedikit perbezaan adalah dari segi saiz dan abiliti pengguna untuk melakukan “customization” susunan dan size “tiles” yang terdapat pada skrin telefon.
10. Windows Phone 8 untuk Perniagaan
Khusus untuk pengguna yang memerlukan kemudahan dan keselamatan data bagi urusan pejabat dan perniagaan, Windows Phone 8 menyediakan kemudahan enkripsi data dan boot, applikasi pengurusan peranti mudah alih serta applikasi Microsoft Office mudah alih.
HTC, Nokia, Samsung dan Huawei merupakan 4 pengeluar terawal peranti mudah alih telefon pintar yang akan melengkapkan produk mereka dengan Windows Phone 8 setelah ianya dilepaskan nanti..

0 comments:

Post a Comment