SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

13 April 2013

Cara mengesan kecurian wifi internet.


Cara mengesan kecurian wifi internet.


Mengesan penceroboh atau pencuri talian internet menerusi rangkaian wifi amat mudah dengan lambakan beberapa perisian percuma yang boleh di muat turun serta merta. Perisian tersebut di kategorikan sebagai “network scanner” yang merupakan antara perisian berguna untuk pentadbir rangkaian mengenal pasti peranti yang terhubung di dalam rangkaian ‘wired’ mahupun wireless. Ia secara tidak lansung dapat membantu anda pengguna di rumah mengenali peralatan asing yang menumpang dalam rangkaian untuk mendapatkan sambungan talian internet secara percuma.. Apa yang anda perlu lakukan untuk mengatasi dan mengenalpasti penceroboh tersebut adalah dengan menuruti langkah mudah berikut satu per satu …





Langkah 1: Muat turun perisian ‘network scanner’ – penulis menggunakan ‘wifi-watcher’ sebagai contoh perisian yang akan digunakan dalam artikel ini. Wifi watcher boleh di muat turun dan digunakan secara percuma di sini: [10] Wifi Watcher ..
Langkah 2: Run aplikasi Wifi Watcher – Setelah selesai memuat turun, extract (nyah mampat) file tersebut (dengan right click pada fail dan pilih ‘extract all’) dan mulakan aplikasi tersebut dengan ‘double click’ pada fail program ‘WNetWatcher.exe’.
Langkah 3: Mengesan pencuri wifi anda – Tunggu sehingga selesai Wifi Watcher melakukan pengesanan peralatan sebentar.. Sekiranya telah siap, ia akan memaparkan jumlah item yang dikesan berada dalam rangkaian wifi anda. Perhatikan jumlah item yang tersambung. Ruangan ‘device information’ turut memaparkan jenis peralatan yang di sambung. Sekiranya jumlah item adalah lebih dari yang sepatutnya, ini bermakna wifi anda telah di curi / di ceroboh masuk hehe.
Langkah 4: Ubah kata laluan WEP kepada WPA2 – mengubah kata laluan wifi memerlukan anda untuk melakukan sedikit konfigurasi tetapan modem / router. Rujuk manual pengguna cara tetapan tersebut. Maaf kerana terlalu banyak jenis model modem / router untuk di tulis satu persatu tetapan WEP / WPA secara terperinci. Setelah selesai anda boleh restart semula modem tersebut dan berlayar internet dengan aman tanpa gangguan lagi. ;)
Nota 1: WPA2 tidak menjamin dari pencerobohan / kecurian wifi dari berulang. Namun, ia akan menyukarkan sedikit penceroboh / pencuri wifi anda untuk memecahkan password wifi tersebut berbanding jenis enkripsi WEP. Sebaiknya, guna password yang mempunyai kombinasi aksara dan nombor yang tidak kurang dari 12 abjad.

0 comments:

Post a Comment