SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

13 April 2013

Squid proxy ACL untuk blocking laman web mengikut masa tertentu.


Squid proxy ACL untuk blocking laman web mengikut masa tertentu.



Straight forward, malas nak komen panjang², berikut adalah konfigurasi untuk web proxy squid blocking / menyekat akses ke laman web tertentu contohnya: facebook, youtube dan sebagainya, mengikut masa dan kesesuaian hanya dengan menggunakan ACL (access control list) dalam fail konfigurasi squid: squid.conf.
Konfigurasi ini sangat sesuai digunakan di pejabat² yang menghadapi masalah pekerja yang suka menghabiskan masa melayari laman laman yang tidak produktif untuk syarikat / jabatan (kerajaan khususnya) haha
[root@server ~#]nano /etc/squid/squid.conf
(jika nano tidak di install, guna vim: vi)
#1: Cipta ACL untuk IP client yang terlibat dengan blocking
acl admin src 192.168.10.50/32
#2: Cipta acl untuk domain yang hendak di block
acl blockdomaintime dstdomain .facebook.com .youtube.com .utusan.com.my #hahaha
#3: Cipta ACL untuk masa blocking mengikut kesesuaian (dalam format 24jam) dan mengikut hari: M=monday, T=tuesday, etc²
acl officetime time MTWHFA 10:00-17:00
#4: Deny request utk domain yang disekat
http_reply_access deny  blockdomaintime admin officetime
#5: Deny request bagi HTTPS domain yang disekat
http_access deny CONNECT blockdomaintime admin officetime
#(simpan / save config squid)
#6: Akhir sekali reload service squid … atau pun restart :)
[root@server ~#]service squid reload

0 comments:

Post a Comment