SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

13 April 2013

12 kelebihan windows 8 berbanding windows 7.


12 kelebihan windows 8 berbanding windows 7




Berikut merupakan 12 artibut yang dikenal pasti sebagai kelebihan Windows 8 berbanding versi terdahulu Windows 7, dan turut di kategorikan mengikut jenis pengguna. Terdapat kelebihan lain yang tidak di masukkan di dalam artikel ini namun, 12 ciri tersebut merupakan perubahan yang paling signifikan dan sudah pasti akan merubah sedikit sebanyak pengalaman anda menggunakan Windows 8 berbanding versi Windows terdahulu (Windows Vista, Windows 7, etc).
Nota 1: Rujuk keperluan minimun Windows 8 sebelum membuat instalasi. Secara umum, sebarang komputer peribadi yang menyokong Windows 7 boleh di kemaskini ke Windows 8 tanpa sebarang masalah, kecuali netbook. Rujuk spesifikasi netbook anda sebelum melakukan instalasi mengikut edisi Windows 8 yang bersesuaian bagi mengelak sebarang masalah yang boleh memberi impak negatif pada prestasi (performance) keseluruhan aplikasi.
Huraian keseluruhan 12 kelebihan Windows 8:
  1. Metro / Modern UI ( +Charms Bar & +Docking Apps )
  2. Windows Apps Store
  3. Windows Cloud
  4. DirectX 11.1
  5. Windows Live
  6. Sokongan NFC dan ARM
  7. Windows To Go
  8. Windows (Reset) Recovery Environment (RE)
  9. Aplikasi Terkini ( Internet Explorer 10, mail client, contact apps, etc )
  10. Integrasi aplikasi Bing
  11. Integrasi percuma aplikasi Microsoft Office 2013 (Windows 8 RT sahaja)
  12. Integrasi aplikasi “People” dengan pelbagai applikasi lain seperti email, skydrive, facebook, gmail … dll.
Secara ringkas, meskipun kepelbagaian kelebihan windows 8 memberikan kelainan yang signifikan, namun untuk merasai sendiri kelebihan tersebut memerlukan pengguna untuk meningkat upaya sedikit sebanyak peralatan / peranti sedia ada. Sebagai contoh; bagi jenis pengguna biasa & pejabat, anda perlukan skrin sesentuh atau multi-touch pad bagi merasai sendiri kelebihan keseluruhan Windows 8 melalui interaksi dengan metro UI menggunakan “gesture” yang memerlukan multi-touch pad / multi-touch screen. Bagi kategori jenis pengguna “gamers”, anda perlukan kad grafik yang menyokong Direct X 11.1 dan … hehe, “original” games bermain games menerusi Windows Live. Manakala bagi pengguna jenis mudah alih seperti pengguna tablet, netbook dan notebook, sama seperti kalangan pengguna biasa; skrin sesentuh multi-touch diperlukan. Pengguna Pejabat yang mahu menggunakan fungsi Windows To Go memerlukan storan luaran USB pendrive yang menyokong fungsi tersebut.
—————————————————————————–
Kelebihan Windows 8 mengikut kategori pengguna
—————————————————————————–
[ Pengguna Biasa & Mudah Alih ]
  1. Metro / Modern UI ( +Charms Bar & +Docking Apps )
  2. Windows Apps Store
  3. Windows Cloud: Aplikasi Skydrive
  4. Integrasi dengan Windows Phone 8
  5. Integrasi aplikasi Bing
  6. Integrasi (percuma) aplikasi Microsoft Office 2013 untuk versi Windows 8 RT (arm) – tablet microsoft surface
  7. Integrasi aplikasi “People” dengan pelbagai applikasi lain seperti email, skydrive, facebook, gmail … dll.
[ Gamers ]
  1. DirectX 11.1
  2. Integrasi Windows Live
[ Pengguna  Pejabat ]
  1. Windows To Go
  2. Windows (Reset) Recovery Environment (RE)
  3. IE 10
  4. Metro / Modern UI & Windows Cloud
  5. Sokongan NFC (near field communication) & Sokongan pemproses ARM
  6. Integrasi percuma aplikasi Microsoft Office 2013 untuk versi Windows 8 RT (arm) – tablet microsoft surface

0 comments:

Post a Comment