Pada hari ini, penulis mendapat satu pop-up mesej dari antivirus AVG (versi percuma) yang menyekat akses ke laman yang tidak pernah di layari (lihat mesej berikut di atas).
Mesej tersebut merujuk kepada kod javascript yang diguna pakai oleh laman rangkaian sosial facebook yang popular (lebih dari 500 juta ahli) mengandungi kod yang telah di exploitasi oleh seseorang (hacker). Exploitasi ini menunjukkan laman sosial facebook yang juga mempunyai ratusan applikasi yang sering digunakan adalah kurang selamat terutamanya bagi mereka tidak mempunyai applikasi antivirus yang mampu menangani explotasi kod secara real-time.
Exploitasi kod bukanlah sejenis virus, namun ia adalah salah satu teknik penyebaran virus yang biasanya berlaku pada peringkat awal dengan merujuk mangsa (iaitu pengguna) ke laman tertentu yang telah dijangkiti dengan virus. Ianya adalah salah satu ancaman kepada keselamatan data (username, password,cookies) dan privasi mangsa yang mengunjungi laman yang telah di explotasi.
Penyebaran virus melalui facebook bukanlah sesuatu yang baru. Koobface adalah salah satu virus yang pernah menyerang pengguna facebook pada Ogos 2008… Rujuk di sini: http://news.cnet.com/koobface-virus-hits-facebook/
Sebagai langkah pencegahan, sila update antivirus anda dan pastikan anda menggunakan antivirus yang benar-benar mampu menangani masalah seperti ini (bukan sekadar virus biasa .exe).
0 comments:
Post a Comment