Posting khusus bagi pengguna broadband celcom. Kadang kala kelajuan celcom broadband menjadi agak perlahan dari sebelumnya… Mungkin ada yang berasa pelik.. Sedangkan bill sudah dibayar.. Mungkin anda rasakan modem broadband celcom tidak cukup laju atau tidak cukup bagus dan tidak tahan lama? hm.. dah terfikir untuk beli modem yang baru kan? Nanti dulu.. Pada asasnya andaian tadi berkemungkinan benar. Tapi tahukah anda tentang FUP (“Fair Usage Policy”) untuk celcom broadband? Tahukah anda penggunaan yang melebihi kapasiti bagi muat-turun (download) sebanyak 5Gig akan membolehkan celcom memperlahankan kelajuan internet broadband anda. Limitasi FUP berkemungkinan besar menjadi sebab kelajuan internet anda terlalu perlahan…
KENAL PASTI
Masalah internet slow yang disebabkan oleh FPU melebihi kapasiti mempunyai sintom2 seperti berikut:
1. Modem kelihatan seperti biasa, lampu bernyala dan tiada masalah untuk applikasi modem berfungsi dan berinteraksi dengan modem.
2. Connection masih juga seperti biasa apabila anda menekan button untuk sambungan ke internet.
3. Bar coverage (merujuk kepada bar talian) juga seperti biasa, walaupun di dapati kadang kala ianya terlalu sedikit dan hanya tinggal 1 bar dan tidak lebih.
4. Kelajuan hanya pada moded GPRS dan bukan HSPDA, atau masih lagi HSPDA tetapi tidak selaju sebelumnya.
Jika sintom2 tersebut terjadi kepada anda, FPU yang melebihi kapasiti adalah salah satu penyebab internet anda menjadi terlalu perlahan! ;)
Bagi menyemak kadar penggunaan FUP, hubungi talian bantuan celcom 1111 dan bercakap dengan operator Celcom bagi menanyakan adakah FUP anda telah melebihi had? ..
MEMBELI FUP
Membeli FUP bermaksud melajukan kembali sambungan Internet. Bagi setiap pembelian FUP, ianya tidak perlu di bayar serta merta. Cas yang dikenakan akan dimasukkan bersama ke dalam bill pada bulan berikutnya. Berikut adalah cara bagi pembelian FUP broadband celcom:
Call talian celcom centre di nombor: 1111
Katakan kepada operator yang bertugas, anda menghadapi kesukaran untuk menggunakan internet disebabkan talian broadband yang terlalu perlahan dan mahu membeli FUP tambahan.
Beri maklumat peribadi anda dan nyatakan nilai yang ingin dibeli. Berikut adalah nilai FUP tambahan yang boleh dibeli:
1 Gigabyte = RM 5
5 Gigabyte = RM 20
FUP Celcom broadband atau “Fair Usage Policy” (Polisi Kegunaan Samarata) adalah satu ketetapan yang telah digariskan oleh pembekal internet broadband (seperti Celcom) bagi memastikan kadar kesamarataan dalam penggunaan bandwitdh network. Pihak celcom perlu menggunakan FUP bagi memastikan tiada pengguna yang keterlaluan dari segi bandwidth yang boleh mengakibatkan gangguan kepada pengguna lain. Namun, pada setiap 18 haribulan, celcom akan reset semula kadar pengguan kepada 0 bagi setiap pengguna.
Pada setiap 18 haribulan, celcom akan reset semula kadar pengguan kepada 0 bagi setiap pengguna.
ANALOGI
Masih kurang jelas? Ok, sy cuba jelaskan sekali lagi. Celcom bertindak menjual kemudahan yang telah anda miliki sekiranya penggunaan anda telah mencapai had limit yang dibekalkan. Kita ambil contoh yang paling mudah. Anggap talian internet broadband itu sebagai bekalan Air. Dan anggap Celcom sebagai pembekal Air. Celcom telah meletakkan had penggunaan Air sebanyak 5 gelen selama sebulan. Sekiranya anda menggunakan lebih dari itu, Celcom akan mengurangkan saliran bekalan air anda hinggakan anda dapati air menjadi terlalu perlahan untuk sampai ke rumah. Celcom tidak bertindak memotong terus belakan tersebut sebaliknya hanya mengurangkan hingga ke tahap agak sukar untuk anda mendapatkan air bagi kegunaan seharian.
ps; Maklumat ini diperolehi oleh penulis melalui talian 1111 dengan bercakap dengan operator celcom.
0 comments:
Post a Comment