SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

7 December 2011

Kegunaan klip kertas bagi menyusun kabel [ Kreatif ]

Sering kali kabel USB, PS2, audio jack, RJ45 (network) dan sebagainya terbiar begitu sahaja apabila tidak digunakan. Kadangkala ianya terbiar begitu lama sehingga anda tidak sedar ianya telah rosak! Atau mungkin saja ianya tersorok di sebalik meja anda yang sudah tentu menyusahkan anda apabila hendak menggunakannya. Kebiasaanya bagi menyusun kabel dengan kemas dan baik anda mungkin juga menggunakan ‘cable tie’. Namun ianya agak menyusahkan sekiranya anda perlu mengubah kedudukan kabel tersebut. Antara alternatif lain bagi menyusun semua kabel dalam keadaan sempurna dan fleksible tanpa menggunakan kos yang tinggi, anda juga boleh mencuba mengguna klip kertas (binder clip) seperti gambaran di bawah?! Hanya memerlukan sedikit ruangan di penghujung meja, kabel-kabel yang sering digunakan tidak lagi berserabut dan terbiar begitu sahaja.

Sungguh mudah bukan? :)

0 comments:

Post a Comment