SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

7 December 2011

8 sebab yang membuat internet anda perlahan dari sudut perisian



Keliru dengan kelajuan internet anda berbanding talian internet rakan anda yang lebih murah dan lebih laju? kenapa bole jadi mcm tu? sedangkan anda telah membayar sewa talian internet yang lebih laju dari rakan anda atau berbanding talian di pejabat. atau, anda menggunakan network yang sama tapi kenapa laptop anda lebih perlahan untuk melayari internet berbanding dengan laptop rakan anda? Hmm.. pening ker? Sebelum melakukan apa2 tindakan, adalah sangat baik jika anda memeriksa dahulu komputer yang disambungkan ke internet. Tidak boleh dipersalahkan pihak lain (seperti TM, celcom, dan lain2) sekiranya punca masalah tersebut adalah dari diri anda sendiri. Hampir 75% (anggaran) masalah yang dilaporkan kepada pihak operator telco adalah berpunca dari masalah pengguna sendiri. Post utk kali ini (inshaAllah) mungkin akan menjawab persoalan anda. Tidak kiralah anda mengunakan streamyx, jaring, celcom atau maxis broadband, GRPS dan sebagainya, tips ini mungkin boleh membantu…

Tips yang mudah untuk hari ini adalah mengenai 8 sebab yang sering menyebabkan gangguan atau kelancaran talian internet yang tidak memuaskan mahupun kelajuan internet yang terlalu perlahan dari sudut perisian. Ini tidaklah bermakna kelajuan internet semata2 adalah bergantung kepada perisian sahaja. Kedua-dua komponent asas kepada komputer iaitu software dan hardware adalah saling berhubung kait. 8 sebab adalah mengikut turutan yang selalu terjadi, dan juga setiap sebab mempunyai tahap ‘kesan’ mengikut peratusan efek kepada kelajuan internet. Senarai 8 sebab adalah seperti berikut:

1. Virus, malware, spyware. – Sangat Kritikal –

merupakan faktor yang paling kerap terjadi. Seperti mana yang umum telah mengetahui, sesebuah pc yang dijangkiti dengan virus dan sebagainya, adalah agak sukar untuk menjalankan sesuatu program dengan baik. Virus sering kali menyerang fail-fail yang boleh dijalankan sebagai program yang dikenali sebagai “executable” file, yang boleh dikenal pasti dengan melihat extension file “filename.exe”. Program web browser (pelajar web) dan lain-lain program yang menggunakan internet sebagai medium komunikasi tidak terhalang dari jangkitan virus ini. Sekiranya dijangkiti, program tersebut akan menjadi bermasalah dan gagal beroperasi dengan baik. Ini akan menyebabkan keseluruhan sistem pc anda kelihatan sangat bermasalah, terutamanya talian internet.
Prevention: Guna antivirus yang diyakini, pastikan selalu update mengikut skala mingguan dan rajin rajinlah untuk scan keseluruhan file setelah antivirus berjaya di update.
Solution: Bagi pengguna yang telah dijangkiti virus, download virus remover seperti Dr Web Cure It dan sebagainya dan run antivirus tersebut dari safe mode. Download Cure it di sini : http://www.freedrweb.com/cureit/

2. Browser add on dan plugin terlalu banyak. –

Sangat Kritikal – faktor kedua terbanyak berdasarkan pengalaman penulis yang dalam tidak sedar mampu melumpuhkan kemampuan sebenar kelajuan internet anda. Apa yang dimaksudkan oleh browser add-on atau plugin? Sebarang applikasi yang menambah fungsi browser adalah dikenali sebagai plugin atau add-on. Contohnya, yahoo toolbar, google toolbar dan sebagainya. Firefox dan internet explorer adalah dua web browser yang sering mengalami masalah ini memandangkan kedua browser tersebut sering menjadi perhatian penambahfungsi oleh pembina applikasi tersebut. Sesetengah plugin atau add on ini menjadi spyware kepada syarikat tertentu bagi menentukan cara anda melayari internet dan sebagainya. Jadi, memilih plugin atau add on yang sesuai dan tidak memudaratkan adalah menjadi cara terbaik bagi memastikan ianya tidak memudaratkan kelajuan internet anda. Atau jika terlalu susah sgt, guna tetapan default setting dari internet option (dalam control panel – bagi internet explorer) atau dari advance setting (bagi firefox – dari option menu) bagi tidak menggunakan sebarang add-on atau plugin yang telah di install sebelumnya.

3. Firewall – Kritikal –

Firewall adalah terbaik untuk mengelak dari sebarang ancaman crackers (penceroboh) namun sekiranya tetapan rules firewall yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ianya boleh menyusahkan anda semula. Firewall yang disediakan oleh microsoft sebagai default firewall dari Windows XP hingga ke Windows 7, adalah tidak kritikal mengakibatkan kelajuan internet berkurangan. Firewall dari linux juga sedemikian. Namun, bagi pengguna yang memasang pakai perisian firewall dari syarikat lain seperti, comodo firewall, internet security suites, outpost firewall, zone alarm, dan sebagainya, sekiranya tetapan firewall rules diubah tanpa pengetahuan yang baik bagi setiap ports dan protocol yang digunakan boleh mengakibatkan talian internet menjadi terlalu perlahan bahkan terputus lansung!. Jadi sebelum anda melakukan sebarang perubahan keatas firewall fules, pastikan ianya tidak mengganggu applikasi rangkaian internet yang sering digunakan dan juga port dan protocol yang diperlukan untuk larian program tersebut.

4. Background application & Auto update – Kritikal –

asasnya, terlalu banyak perisian sekarang ini yang membolehkan pengguna mendapatkan update (kemaskini) dari internet secara percuma mahupun berbayar. Ini adalah baik dari satu sudut. Namun, dari sudut yang berbeza, ia adalah satu keburukan. Bayangkan jika anda mempunyai 10 program yang dibelakang tabir (background) melakukan carian untuk update (kemaskini) dan mendownload update tanpa persetujuan anda secara serentak! sudah tentu ia boleh menyebabkan talian internet anda perlahan. Background application kadang kala melakukan penghantaran data ke server tertentu bagi mendaftar, mendapatkan latest news, mendapatkan iklan, melaporkan statistik, dan sebagainya yang menggunakan bandwitdh talian internet anda. Ini juga boleh menyebabkan kelajuan internet anda tidak optimum. Justeru, bagi mengelak sebarang program yang menggunakan bandwidth anda tanpa kebenaran, firewall rules boleh membantu di sini. Tetapkan firewall anda untuk mengelak program tertntu menghantar sebarang paket data ke dalam network anda. Alternative lain adalah, gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan tidak autorun pada masa startup. Bahkan semak semula senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto, sekiranya tidak perlu, disablekan service tersebut.

5. Web Browser – Kurang Kritikal -

walaupun web browser adalah kurang kritikal bagi kelajuan internet anda, namun ianya boleh memberi kesan yang agak berbeza. Web browser pada masa kini menggunakan pelbagai teknologi terkini bagi integrasi dengan pelbagai program lain yang membolehkan anda menggunakan web browser dengan pelbagai fungsi. Pada masa kini, banyak web browser yang di tawarkan oleh developer dengan pelbagai kelebihan. Bagi anda yang mementingkan kelajuan, google chrome dan safari dari Apple Inc adalah yang terbaik dari segi performance dan standard WWW. Masa rendering dan cara capaian cache oleh google chrome dan safari mempunyai kelebihan tersendiri. Penulis tidak mahu menghurai panjang tentang ini, sebaliknya anda harus mencuba sendiri. Dapatkan google chrome dan atau apple safari secara percuma di sini… http://www.google.com/chrome http://www.apple.com/safari/download/

6. Windows Setting tidak optimize – Kurang Kritikal -

tetapan windows by default adalah tidak optimum disebabkan keluaran windows dalam pasaran tidak mengikut keperluan dan kegunaan sesetengah tempat sahaja, sebaliknya windows dikeluarkan secara global yang memerlukan windows untuk mematuhi ratusan standard dan menyokong (support) pelbagai jenis protocol, device (peralatan) dan sebagainya dalam jumlah yang besar. Oleh itu, tetapan windows by default adalah memadai dan tidak akan mendatang masalah yang besar. Windows menyerahkan tugas untuk tune kepada pengguna. Adalah menjadi tugas pengguna bagi mengubah beberapa tetapan yang boleh memberi kesan yang berbeza. Bagi memudahkan tugas pengguna untuk mengubah beberapa tetapan windows registry, beberapa software yang berada di internet mampu melakukan dengan mudah. Hanya dengan memahami beberapa perkara, anda mampu mengubah tetapan yang berkaitan. Adalah terlalu sukar bagi pengguna biasa yang tidak memahami apa yang yang di perkatakan. Walaubagaimanapun, penulis mensyorkan kepada anda untuk mendownload perisian ini yang sememangnya selamat digunakan oleh pelbagai peringkat pengguna.. Tune Up 2010 utilities adalah program yang sangat bernilai dan banyak digunakan oleh pengguna lain seluruh dunia berdasarkan download hit yang mencecah jutaan hit. Tune up menyediakan wizard yang boleh membantu anda mengenal pasti dimanakah yang perlu anda ubah hanya dengan beberapa klik sahaja. Penulis tidak memberi saranan selain dari tune up disebabkan penulis sendiri sering menggunakan tune up dan lain2 perisian dalam katergori yang sama adalah tidak sesuai bagi penguna yang masih baru dalam dunia perkomputeran. Bagi mendownload Tune up.. lawat laman berikut: http://www.tune-up.com/download/

7. Ares, Limewire, torrent, P2P file sharing – -

Sangat Kritikal - Bagi penggemar mp3, music, video, drama bersiri, p2p file sharing dan juga torrent adalah syurga bagi mereka mendapatkan segalanya menerusi talian internet secara percuma. Pengguna file sharing sering menggunakan internet network dalam kadar masa yang agak lama bagi menyiapkan satu-satu tugasan download mahupun upload. Namun, sekiranya pengguna sedemikian berada di dalam network yang anda sedang gunakan, nescayalah talian internet anda akan sering terganggu dan sering kali terputus. Hal ini adalah disebabkan program torrent, p2p file sharing dan seangkatan dengannya memerlukan bandwitdh yang tinggi bagi menyelesaikan / menyiapkan satu2 file download. Hal ini akan semakin menjadi kritikal sekiranya terdapat puluhan file yang tersenarai dari dalam program p2p atau torrent yang hanya menunggu masa untuk di muat turun mengikut turutan. p2p program pula sering menggunakan bandwitdh untuk melakukan carian fail2 tertentu dari seluruh dunia yang mana sedikit sebanyak boleh menggangu talian internet yang bawah 348kbps. All in all, p2p file sharing dan torrent hanya digalakkan untuk kegunaan semasa network idle bagi membolehkan pengguna lain di dalam network yang sama tidak terganggu. Adalah menjadi satu kebiasaan program ini boleh menyebabkan web surfing pengguna lain yang berkongsi network (talian) lansung tidak dapat melayari internet sehingga lah program tersebut dimatikan / diberhentikan sementara. Bagi anda yang masih mahu menggunakan program file sharing dan dalam masa yang sama mahu menggunakan internet, setkan download dan upload limit dari program option. Limitkan download upload program tersebut bagi memberi laluan kepada paket dari program lain untuk berkongsi laluan internet anda.

8. Download manager – Kurang Kritikal –

Download manager adalah satu kebaikan bagi pengguna yang tahu menguruskan keperluan download yang sering digunakan oleh kebanyakan pengguna. Namun, bagi yang kurang arif, bahkan tidak tahu, download manager mampu melumpuhkan talian internet sementara senarai download masih lagi belum siap dan puluhan file masih lagi menunggu untuk di download mengikut turutan. Sekiranya senarai download dikekalkan dalam bilangan yang minimum, masalah tersebut tidak akan terjadi. Oleh itu, download manager kurang kritikal menyebabkan gangguan ke atas talian internet anda, namun tidak harus dilupai, ianya boleh mengakibatkan sedikit gangguan sekiranya tidak di beri perhatian.

Mengetahui apa yang berfungsi, bagaimana ia berfungsi dan di mana ia berfungsi menjadi persoalan penting dalam mempelajari dunia komputer. Penulis tidak menulis secara terperinci bagaimana untuk melakukan step solution bagi setiap perkara di atas di dalam post yang sama memandangkan penulis bercadang untuk menulis perincian di dalam post yang berasingan. Bagi yang masih lagi mahukan pembacaan, sila ikuti senarai ‘related post’ yang berkaitan di bawah … dan selamat mencuba! ;)

0 comments:

Post a Comment