Protocol 802.11n tidak asing lagi bagi pengguna rangkaian tanpa wayar (wireless fidelity – wifi) yang memberikan prestasi optimum sehingga 300Mbps ke atas berbanding protocol 802.11g (54Mbps). 802.11n merupakan protocol standard yang kini secara rasminya disokong oleh IEEE yang menampakan lambakan produk di pasaran mematuhi protocol yang telah ditetapkan. Namun, sekiranya anda tidak memahami konsep MIMO serta penggunaan spektrum 40Mhz / 5Ghz , protocol mode N yang dilengkapi pada laptop serta access point yang dimiliki tidak akan beroperasi pada tahap yang maksimum. Ini bermakna, memiliki laptop / peralatan yang berkeupayaan WiFi mode 802.11n tanpa konfigurasi yang betul dari access point yang menyokong protocol 802.11n adalah sia-sia (tidak optimum). Begitu juga sekiranya anda memiliki access point dengan mode 802.11n tanpa sebarang peralatan yang menyokong mode 802.11n, juga adalah sia-sia.
MIMO (multiple In / multiple out) yang mempunyai variasi seperti 1×1, 2×2, 3×3 bahkan 4×4 merujuk kepada prestasi / kesediaan antenna peralatan access point yang mampu meningkatkan keseluruhan kadar penghantaran data serta jarak “coverage” signal yang tersedia bagi sambungan ke access point. Peningkatan prestasi kadar penghantaran data dari 802.11g kepada 802.11n adalah 5x ganda lebih laju dan lebih baik (kurang gangguan dari peralatan yang menggunakan spektrum frekuensi radio 2.4Ghz). 802.11n mampu menghantar data pada kelajuan 300Mbps (mega bits sesaat) yang berkadaran 37MBytes sesaat bagi sambungan / penghantaran data dari access point ke node / pc (vice versa).
Bagi mendapatkan prestasi yang optimum Wifi 802.11n anda perlu mengetahui sedikit sebanyak perkara teknikal bagi tetapan yang betul dari pc / peralatan serta access point yang digunakan. Seperti yang telah di terangkan di atas, pastikan kedua-dua peralatan (access point dan pc / laptop) berkemampuan / menyokong protocol 802.11n dengan tetapan 40Mhz bagi Channel witdh band, serta 5Ghz spektrum frekuensi radio kedua-dua alat tersebut.
0 comments:
Post a Comment