SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

7 December 2011

Kemaskini pelbagai program anda menggunakan orbit downloader!

Orbit downloader merupakan salah satu download manager yang sangat berguna bagi mempercepatkan masa memuat turun sebarang fail dari internet. Fungsi asas program ini adalah sama seperti DAP (Download Accelerator Plus). Bezanya, bagi penulis, antaramuka yang bersih dan mudah menjadikan OD (orbit downloader) salah satu applikasi kegemaran yang semestinya digunakan oleh anda juga! Tambahan pula Orbit Downloader adalah “Freeware” yang bermaksud ianya adalah percuma berbanding DAP yang berbayar. Antara ciri terbaru yang diperkenalkan pada versi terkini (versi 4.0) Orbit downloader adalah “Software Updater”.

Jika sebelum ini anda perlu melayari laman-laman web tertentu bagi mencari update (kemaskini) versi terbaru bagi program tertentu, kini tidak lagi. Fungsi Software Updater yang tersedia di dalam OD adalah bagi mencari sebarang kemaskini yang terbaru program-program yang telah dipasang ke dalam komputer anda dan menyenaraikan maklumat versi terkini. Carian kemaskini dilakukan secara automatik tanpa memerlukan anda untuk memberi tahu sumber asal program anda. Senarai program yang perlu di update (kemaskini) akan diperlihatkan kepada anda dan anda perlu memuat turun berdasarkan link sumber asal program yang diberikan. Cukup mudah bukan? Berikut adalah sedikit paparan fungsi software updater dari orbit downloader:


                           Notifikasi bagi kemaskini program disenaraikan pada tab “Notification” …


Bagi menggunakan fungsi ini, anda perlu mendownload program Orbit Downloader (percuma) dan memasangnya ke dalam komputer anda. Pemasangan (Installation) adalah sangat mudah. Download Disini

Nota: kemaskini program adalah satu proses yang penting bagi menjamin stabiliti sistem komputer dari pelbagai ralat yang dikenal pasti pada versi terdahulu. 

0 comments:

Post a Comment