Tak, bukan hack (in my opinion). tapi ‘reset’ untuk passwords admin / user windows XP. same ke dengan hack? cara yg cukup mudah dan oleh itu sengaja tak dinamakan hack. Bagi yang terlupa password admin / administrator / user sekali pun, cara ini boleh diguna untuk reset yakni “kosongkan” semula password. Login selepas reset tak perlu masukkan password sekali pun administrator! Jangan gunakan teknik ini untuk menyusahkan sesiapun. Anda telah diberi amaran..
POC (prove of concept), menggunakan virtual pc yang telah di install dengan windows XP. Cara menggunakan hiren cd juga diterangkan satu per satu.
Keperluan?
1) akses secara fizikal pada cd-rom / pendrive pc yang hendak di-reset (dikosongkan) password windows xp.
2) cd-rom / pendrive yang dibootablekan dengan hiren-cd. Tentang hiren-cd dan cara dapatkannya disini.
3) 5 minit
Pastikan cd / usb bootable dan ISO hiren cd telah di-burn dengan baik dan betul.
Caranya?
- Reboot komputer dari CD atau pendrive atau Tekan F11 untuk pilihan boot sequence, dan pilih untuk boot Hiren CD bagi menu dibawah.
2. Dari menu hiren cd pertama, pilih ’9′ untuk teruskan menu ke 2…
3. Pada menu ke dua, pilih “Password & registry” – pilih 4…
4. Pilih active password changer – pilih 1…
5. Biarkan hiren cd buffering file program ke dalam RAM, pada menu Program active password changer, pilih 2 untuk mencari SAM file windows XP sebabnya dalam SAM file ni ada hash password dan username bagi user windows xp mengikut partition windows.
6. Biarkan program active password changer cari SAM dari hard disk. Menu berikut paparkan brapa SAM yang di temui dari satu hard disk. Pilih SAM yang hendak reset user / admin password seperti contoh dari gambar di bawah, hit ‘enter’
7. Pilih username (nama pengguna) yang hendak di reset password dan Hit enter. **Pilih administrator atau user yang admin.
8. Tekan ‘Y’ dan tunggu paparan mesage seperti di bawah (pic kedua). Violaa… password telah reset!
9. Reboot pc dan login Windows XP seperti biasa.
**Warning: mengubah / reset password akan memberi kesan kepada fail-fail yang telah di-encrypt menggunakan encryption tools dari windows. Fail tersebut akan rosak (corrupted) disebabkan windows menggunakan key encryption dari password user. Klau tak pernah buat encryption, tak perlu risau... Gudlak!
0 comments:
Post a Comment