SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

4 December 2011

Asas web: Panduan 5 minit, memahami konsep localhost sebagai virtual server apache



Localhost adalah nama lain bagi IP adress : 127.0.0.1, yakni loopback IP pada setiap PC. Localhost adalah nama lain bagi “komputer ini”. Tidak perlu online bagi menggunakan fungsi localhost aka 127.0.0.1. Localhost bertindak sebagai DNS (anggap sebagai nama lain) kepada PC. Sekiranya mahu menggunakan nama lain sebagai ganti kepada localhost; file config apache (nama server bagi applikasi web – php driven) perlu diubah sedikit pada line berikut:

ServerName localhost:80
#tukar localhost kepada namaserver:80


Ok. Tinggalkan dulu tentang konfigurasi web server bernama apache. Localhost yang bertindak sebagai virtual web server adalah penting dalam proses membina dan memahami konsep asas server web. Setelah memahami konsep localhost; PC dirumah boleh menjadi server web yang boleh di akses serata dunia! yup. it’s true. But then, be hold, take the basic first..

Web memerlukan server untuk di layari dari web-browser. Saat web browser seperti Internet explorer, firefox, netscape navigator, opera dan sebagainya mentafsir alamat web seperti localhost, alamat tersebut akan ditafsir kepada IP terlebih dahulu (localhost IP – 127.0.0.1). Jadi, IP localhost adalah “Loopback” IP yakni memberitahu web-broswer anda mahukan web dari “komputer ini”. Klau pc dah di setup dengan web server apache / IIS, paparan seperti disebelah boleh dilihat dari web browser.

Dapatkan wampserver di sini dan setup wamp server bagi mendapatkan localhost seperti gambar di atas. Cukup untuk 5 minit asas localhost. ;-)

0 comments:

Post a Comment