Terdapat beberapa kebaikan yang kita dapat jika cakera keras dibahagi kepada partition yang berasingan dan yang utamanya adalah untuk backup fail-fail penting. Sekiranya anda mempunyai fail-fail yang disimpan di partition yang lain dan drive C: mengalami crash, fail-fail anda yang disimpan dalam partition yang berasingan tadi akan selamat daripada masalah sistem crash.
Kebaikan yang lain adalah anda boleh format drive C: dan biarkan partition lain sempurna dan masih menyimpan fail-fail yang penting. Anda masih boleh menjalankan langkah-langkah yang biasa pemasangan Windows XP tetapi anda hanya pilih untuk hanya padam partition drive C: dan kemudian wujud semula dan install windows. Ini membiarkan partition-partition yang lain bebas daripada sebarang proses padam dan wujud semula partition drive C:
Memiliki beberapa partition pada cakera keras juga membolehkan anda menyusun fail-fail dalam komputer anda dengan lebih baik. Sesetengah penguna memiliki partition-partition yang berasingan adalah untuk mengasingkan jenis-jenis fail yang berbeza.
0 comments:
Post a Comment