SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

4 December 2011

Ingin menukar wallpaper Windows 7 starter? Jawapannya disini!

Netbook pada masa kini kebanyakkan telah diconfigurasi dengan Windows 7 edisi Starter. Menggunakan Versi Starter mempunyai sedikit kelebihan tersendiri berbanding versi Ultimate yang lebih berat dan tidak sesuai dengan spesifikasi netbook. Namun sekiranya Wallpaper tidak boleh diubah suai mengikut citarasa pengguna, ianya sesuatu yang pasti menimbulkan pelbagai persoalan. Pengguna semestinya mahukan sesuatu yang tersendiri. Terutamanya gambar background / wallpaper tersendiri. Jika ianya sesuatu yang tidak dapat diubah mengikut cita rasa, masakan mampu untuk melihat gambar wallpaper yang sama setiap hari? Rakan penulis menayakan soalan yang serupa sebelum ini. Penulis merasakan tentu ada jalan untuk mengubah wallpaper default versi windows 7 kepada wallpaper versi tersendiri. Disini penulis sertakan dua cara, secara manual, dan secara automatik (menggunakan software dan memerlukan installation). Pastikan setiap langkah di bawah dituruti dengan betul. Gudluck! ;)

Menukar Wallpaper menggunakan Program …

1) Download program tersebut Di Sini!
2) Run program yang telah di download
3) Klik Yes sekiranya terdapat “security alert”
4) Klik “browse” dan pilih gambar yang hendak dijadikan Wallpaper
5) Klik Ok dan Apply
6) Tutup program tersebut
7) Log out / restart dan Log In semula
8) :) See da magic happen.

Menukar Wallpaper secara Regedit / Manual ( Expert Only!)

1. Buka Regedit
2. Buka \HKCU\Control Panel\Desktop
3. Tukar value bagi key “Wallpaper”. Value tersebut dalam bentuk path. Contoh: C:\Wallpaper\mine.jpg
4. Buka folder “Desktop” pada \HKCU\Control Panel\ dan Klik “Permissions”
5. Klik “Advance”
6. Pada tab “Owner” pilih nama anda / user.
7. Klik “Advance”, buang tanda pada label “Include inheritable permissions from the object’s parent”. Klik “Remove” setelah popup keluar.
8. Klik “Add”
9. Taip “Everyone” dan Klik “ok”
10. Tanda pada “Allow Read Control” dan Klik “Ok” dan “Ok”
11. Pilih “Everyone” dan pilih untuk “Allow Read” dan Klik “ok”
12. Restart computer.

0 comments:

Post a Comment