Applikasi: Windows Explorer (Windows 2000/XP, Windows Vista/7)
Ralat: Keluar mesej seperti berikut -
Error Copying File or Folder – Cannot copy (filename)
: There is not enough free disk space. Delete one or more files to free disk space, and then try again. To free spae on this drive by deleting old or unnecessary files, click Disk Cleanup.
Situasi Masalah:
Biasanya terjadi apabila anda mahu menyimpan (copy/paste) sesuatu fail (file) ke dalam hard disk luaran (external) yang mempunyai kapasiti lebih dari 4 Gigabytes (GB) gagal dan memberi ralat seperti di atas walaupun anda mendapati hard disk luaran tersebut masih mempunyai ruangan kosong (free space) yang masih banyak. Penyebab masalah ini adalah kerana Pengeluar (seperti Seagate, Buffalo, Toshiba, WD) hard luaran (external) tanpa mengira jenama, menetapkan jenis fail sistem sebagai FAT32. Secara ringkasnya, FAT32 (file allocation table 32 bit) mempunyai kelemahan bagi pemindahan fail lebih besar daripada 4 GB. Pengeluar menetapkan tetapan tersebut bagi keserasian dengan perkakasan dan sistem yang lebih universal.
Cara Atasi:
1) Anda perlu mengubah fail sistem FAT32 hard disk luaran (external) kepada jenis fail sistem yang lebih terkini NTFS (New Technology File System).
2) Masuk ke command prompt. Click Start Menu > Run. Taip: CMD <tekan enter>
3) lakukan perkara berikut di skrin hitam putih (command prompt):
CONVERT G: /FS:NTFS
G: adalah contoh hard disk drive anda yang boleh di akses melalui windows explorer (juga dikenali sebagai drive letter). Masukkan nama volume drive anda.. Setelah selesai, cabut dan pasang semula untuk melihat keberkesanannya. Selamat mencuba ;) Sebarang persoalan sila kemukakan di ruangan komen …


No comments:
Post a Comment