SERTAI KAMI DI SINI - PELAWAT VVIP

Showing posts with label Tip Virus. Show all posts
Showing posts with label Tip Virus. Show all posts

6 December 2011

Info : Jutaan Komputer Dijangkiti Virus kerana Traffic?? Amaran kepada penguna Windows oleh Google...


Google telah mula mengeluarkan amaran kepada pengguna Windows terdapat bentuk tertentu malware tempatan yang dikesan melalui aliran trafik rangkaian.

Kod berniat jahat tersebut bergerak melalui laman web yang mempromosikan 'penipuan', termasuk program-program sekuriti palsu. Mereka yang dijangkiti dengan virus itu akan diberi amaran dengan satu mesej muncul di bahagian atas carian yang dijalankan melalui Google. Firma carian itu menganggarkan bahawa lebih daripada dua juta orang telah terkena jangkitan.



Trafik Yang Dicuri : Google menemui sejumlah besar mesin yang dijangkiti ketika melakukan penyelenggaraan rutin ke atas pusat data. Ketika penyelenggaraan, pelayan Google akan ditutup (offline) dan ini bermakna trafik carian bagi kelompok mesin itu akan berkurangan.Bagaimanapun, Damian Menscher menulis di blog rasmi Google, mematikan satu kelompok tidak menghentikan semua trafik.

Siasatan mendedahkan bahawa trafik yang dihasilkan oleh virus mungkin dari satu juta komputer yang menjalankan Windows. Setakat ini, kata Google, mereka telah memberi amaran kepada beratus-ratus ribu pengguna dan menjangka akan memberitahu lebih ramai lagi.





 sumber maklumat asal/credit: http://www.myhackersarehere.com

4 December 2011

Bagaimana Turn Windows XP Firewall on atau off?

Jika sebuah Komputer mempunyai antivirus atau program firewall yang sedang run, ia adalah sangat penting bagi kita hendak mematikan Windows firewall dan virus protection. Jika tidak ia akan menganggu pencegahan terhadap komputer.

Dimanakah Windows Security Settings tersebut?

1. Pergi ke Start Menu >control panel>Security
Center

Untuk mematikan Windows firewall ikuti tips dibawah:

1. Pergi ke control panel, kemudian pilih security center
2. Kemudian pada resource box sebelah kiri, pilih change the way Security center alerts me


3. Un-tick mana-mana dari tiga kotak tersebut. Jika hendak disable antivirus, hanya un-tick pada box virus protection. Kebanyakannya program-program pakej security mempunyai kedua-dua fungsi antivirus dan firewall. Pastikan anda tahu apa program-program yang dilakukan sebelum menyahatifkan apa-apa.


4. Menghidupkan firewall, tick kotak firewall. Anda juga boleh mematikan firewall melalui control panel dan memilih Windows Firewall.

Notes:
Jika security centre tidak dipamerkan dalam control panel, ini bererti anda belum lagi muat turun windows updates.

Applikasi facebook penyebar virus!!


Pada hari ini, penulis mendapat satu pop-up mesej dari antivirus AVG (versi percuma) yang menyekat akses ke laman yang tidak pernah di layari (lihat mesej berikut di atas).

Mesej tersebut merujuk kepada kod javascript yang diguna pakai oleh laman rangkaian sosial facebook yang popular (lebih dari 500 juta ahli) mengandungi kod yang telah di exploitasi oleh seseorang (hacker). Exploitasi ini menunjukkan laman sosial facebook yang juga mempunyai ratusan applikasi yang sering digunakan adalah kurang selamat terutamanya bagi mereka tidak mempunyai applikasi antivirus yang mampu menangani explotasi kod secara real-time.

Exploitasi kod bukanlah sejenis virus, namun ia adalah salah satu teknik penyebaran virus yang biasanya berlaku pada peringkat awal dengan merujuk mangsa (iaitu pengguna) ke laman tertentu yang telah dijangkiti dengan virus. Ianya adalah salah satu ancaman kepada keselamatan data (username, password,cookies) dan privasi mangsa yang mengunjungi laman yang telah di explotasi.

Penyebaran virus melalui facebook bukanlah sesuatu yang baru. Koobface adalah salah satu virus yang pernah menyerang pengguna facebook pada Ogos 2008… Rujuk di sini: http://news.cnet.com/koobface-virus-hits-facebook/
Sebagai langkah pencegahan, sila update antivirus anda dan pastikan anda menggunakan antivirus yang benar-benar mampu menangani masalah seperti ini (bukan sekadar virus biasa .exe).

2 December 2011

Cara membuang virus / worm Win32.Sality (removal)

Selain dari virus / worm conficker, win32.sality (atau variasinya seperti Virus.Win32.Sality.aa Win32/Sality.AM W32/Sality.ah) merupakan antara virus / worm yang paling banyak menjangkiti Sistem Operasi Windows disebabkan cara ianya merebak melalui rangkaian (network) serta removable drive (seperti pendrive dan hard disk luaran) yang akan menjangkiti sebarang file .EXE (program file / executable) dan .SCR (screen saver file). Virus sality juga mampu untuk mematikan antivirus yang sedang digunakan serta menghalang laman-laman web security / antivirus dari di muat turun / di paparkan. Kemampuannya juga tidak terbatas untuk menghalang anda daripada memasuki safe-mode apabila keadaan jangkitan semakin teruk.




 Bagi cara membuang virus sality dari PC yang telah dijangkiti, anda perlu melakukan langkah berikut           mengikut turutan yang telah di tetapkan. Ini adalah bagi memastikan setiap langkah yang di ambil mencegah virus tersebut dari terus menjangkiti fail-fail yang lain.
Matikan fungsi System Restore Windows – Biarpun System Restore berfungsi bagi mengembalikan fail-fail Windows kepada keadaan sebelumnya, namun kebanyakkan virus terkini telah menyalah gunakan ruangan System Restore bagi melakukan serangan ke atas PC anda.
Restart PC anda dan masuk ke dalam Safe Mode Windows (tekan F8 sebelum Paparan Logo Windows bermula semasa PC sedang restart) – sekiranya anda tidak boleh memasik safe-mode, anda perlu download safe-mode registry fix di sini. Rename file tersebut ke .REG dan run. Reboot semula dan masuk ke dalam safe mode.

Gunakan Sality virus removal tools (Sality removal dari AVG, Sality removal dari Kaspersky) untuk scan ke semua file dari Safe mode. Proses ini mengambil sedikit masa untuk di siapkan (bergantung pada jumlah keseluruhan fail). Apabila telah siap, disinfect kesemua fail tersebut menggunakan removal tools.
Reboot PC selepas scan dan Install MSE (microsoft Security Essentials). Sekiranya anda mempunyai antivirus tersendiri, pastikan virus definition telah dikemaskini. Sekiranya anda menggunakan antivirus yang percuma, penulis syorkan untuk anda menggantikan antivirus tersebut dengan MSE. Dapatkan MSE di sini: bagi Window XP dan Window Vista Or Window 7.


Install Panda USB Vaccine bagi mematikan fungsi autorun.inf di semua drive / partition hard disk anda serta bagi hard disk luaran / usb pendrive. Panda USB vaccine adalah bertujuan bagi mencegah sebarang applikasi yang mengeskploitasi kelemahan fail autorun.inf yang sering digunakan bagi penyebaran virus melalui storan luaran.Dapatkan Panda USB Vaccine di sini. 

Selamat Mencuba ;-)